Monday, April 18, 2016

Saya seorang Melayu Islam Singapura. Ada masalah?



http://mare-go.blogspot.co.id/2011/01/saya-seorang-melayu-islam-singapura-ada.html

 

Saya seorang Melayu Islam Singapura. Ada masalah?

Assalamualaikum,

Kebelakangan ini, susah juga jadi seorang Melayu Islam Singapura, ye? Banyak dugaan yang harus ditempuhi. Kritikan yang dilemparkan dan cadangan (desakan?) yang diberikan.


Kritikan - Melayu Singapura terpinggir dan tersisir.
Sebuah pemerhatian yang agak tepat. Saya percaya tuan punya mulut yang berkata begitu hanya merujuk kepada hehilangannya tanah melayu di singapura. Melayu Singapura seperti di anak tirikan di tanah sendiri. Sedangkan yang mendiami tanah Singapura bila zaman temasek dahulu kala, kebanyakanya orang laut dan juga orang melayu dari nusantara ini. Ini tidah dapat dinafikan.

Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang besar tempatnya berjaya ditakluki oleh orang-orang putih dari Eropah yang meminggiri puak asli Amerika (Native American) yang sekarang hidup (boleh dikatakan) terpinggir dan tersisir. Tanah yang dianggap suci bagi mereka sudah dirampas oleh penjajah Inggeris dan apakah nasib mereka sekarang? Ditempatkan di kawasan-kawasan khas untuk mereka, yang dipanggil Indian Reservation. Kebanyakkan mereka seperti sudah kehilangan arah tujuan. Adat yang diagung oleh nenek moyang mereka seperti tidak diendahkan. Saya pernah terbaca suatu laporan dahulu bahawa kemajuan puak asli Amerika sekarang ini tidaklah seberapa. Rata-rata, kebanyakan daripada mereka sudah terjebak ke dalam kanca sosial seperti kaki botol dan sebagainya. Mana perginya orang-orang seperti Geronimo dan Crazy Horse yang memperjuangkan hak mereka?


Alhamdulilah, walaupun Melayu Singapura dianggap tersisir dan terpinggir oleh sesetengah pihak, namun nasib kita tidaklah seburuk nasib puak asli Amerika itu. Haruslah kita berterima kasih, walaupun kita mempunyai sebuah pemerintah yang dianggap bersifat kuku besi, kita tidak diberikan sebidang tanah untuk dijadikan Penempatan Melayu. Sungguh sedih sekali jikalau itu benar-benar berlaku dan sungguh saya tidak mahu bayangkan apa yang akan dikatakan oleh pemimpin-pemimpin negara jiran kita nanti kalau senario itu benar-benar berlaku.


Saya percaya tuan punya mulut yang berkata bahawa Melayu Singapura terpinggir dan tersisir faham akan keadaan orang Melayu Singapura. Kita mungkin telah kehilangan banyak tempat warisan kita, namun itu tidak bermakna kita terlalu 'hang up' (ni ape dalam bahasa melayu dey?) tentang perkara itu. Daripada kita berbahas tentang perkara ini yang tiada kehabisannya, kenapa tidak kita berbincang tentang bagaimana untuk meningkatkan daya kehidupan kita sebagai orang Melayu Singapura? Walaupun kita boleh dianggap berjaya dalam banyak bidang, itu tidak bermakna kita harus mudah berasa puas hati. Kenapa tidak dibahaskan perjuangan untuk melestarikan Bahasa Melayu atau adat Melayu supaya tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas?

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
Walau bagaimanapun, saya rasa keadaan Melayu Singapura sekarang boleh dijadikan iktibar kepada sesetengah pihak. Walaupun orang lain menganggap kita ditindas, itu tidak menghalang orang Melayu Singapura untuk maju kehadapan. Pelajaran diberikan sama rata. Cuma kita sahaja yang tidak mengunakan peluang itu dengan secukupnya.

Kita semua dari satu rumpun. Daripada kita mengkritik antara satu sama lain, kenapa tidak kita memperbetulkan diri sendiri supaya kita boleh berdiri sama megah, tidak kira orang ini Melayu Singapura atau Melayu Malaysia atau Melayu Brunei dan lain-lain? Kenapa harus dibandingkan Melayu sama Melayu? Janganlah kebencian kita kepada orang lain menghindari kita daripada mengecapi kejayaan diri kita sendiri. Keadaan di negera lain boleh dijadikan teladan untuk negera kita.
Cadangan/Desakan - Local Muslims urged to “be less strict on Islamic observances” to aid integration and the city-state’s nation-building process.

Tentang perkara ini, saya harus membincangkannya dalam Bahasa Melayu kerana apabila saya menggunakan Bahasa Melayu, dengan sendirinya, saya boleh berbicara dengan lebih sopan. Saya telah mencuba untuk memberikan pendapat saya dalam Bahasa Inggeris tetapi malangnya, terlalu banyak perkataan-perkataan tidak senonoh yang saya gunakan.

Apabila saya membaca laporan ini, saya berasa amat marah. Sebagai orang Islam di Singapura, saya tertanya; apa maksud semua ini? Kenapakah agama Islam yang harus dikompromikan? Kalau lebih banyak lagi ajaran Islam yang harus kita tidak menitik beratkan dan menolak ketepi, semata-mata untuk membantu integrasi di antara kita dan membantu membangunkan ekonomi dan negara, lebih baik ditukarkan agama sahaja kepada agama WANG. Tidakkah betul begitu? Kita menyembah wang. Boleh?
Dalam situasi sebegini, saya bersyukur bahawa saya seorang Melayu Islam kerana orang Melayu sebenarnya bersikap sopan santun dan orang Islam dinasihatkan supaya banyak bersabar dan tidak melenting apabila berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan.
Dan juga kerana tuan punya mulut itu sudah lanjut usia jadi kemungkinan besar dia tidak secerdas dahulu sebab itu diberikan kenyataan yang kurang bernas dan tidak masuk akal. Dalam bahasa Inggeris, ini adalah satu contoh 'ramblings of an old man.'

Cukup lah kalau kita sebagai orang Islam tempatan yang disebutkan itu berasa marah dan kecil hati tentang kenyataan itu. Tidak payahlah kita menggunakan kata-kata kesat untuk menegakkan kebenaran.

Cakap pasal kebenaran, di mana perginya orang-orang yang mengirimkan surat ke Berita Harian mengutuk tuan punya mulut yang mengatakan Melayu Singapura tersisir dan terpinggir? Di manakah mereka pergi? Kenapa tidak dihantarkan surat kepada Berita Harian tentang perkara ini...eh, tunggu dulu...setahu saya, sehingga hari ini (27th Jan 2010), tidak sedikit pun laporan yang diterbitkan di Berita Harian tentang perkara ini. Tidak satu pun pemimpin atau AP Melayu kita yang tampil untuk menyangkal cadangan/desakan yang tidak munasabah ini. Badan Islam kita juga, MUIS hanya berdiam diri? Kenapa ini? Mana suara-suara yang sepatutnya menjadi wakil kepada seluruh orang Islam Singapura?

(Saya berhenti di sini. Amacam....percubaan saya dalam tempoh hampir 8 tahun untuk menulis sebuah karangan? Oi...penatnya...dah pukul 12.20pagi. Masa untuk bobok.)

 Alhamdullilah akhirnya bisa diakses juga....💘💗💖💕